Monday, December 14, 2009

Program Khatan di Perkampungan Orang Asli, ulu Batu, Gombak

salam 1 aqidah!

alhamdulilah.. hujung minggu kali ni terisi dengan pengalaman yang cukup bmakna bagi saya. Allah memilih saya n 3 sahabat dari UKM untuk bersama2 Dr Azrin, Dr Arif, Dr Shahril n jg Ustaz Lizam untuk menjayakan majlis berkhatan saudara baru kita di Perkampungan Orang Asli, ulu Batu, Gombak pada 13 Disember 2009.

Alhamdulillah.. semenjak cuti sekolah bermula, saya berpeluang untuk bersama para2 dr ke majlis berkhatan! Subhanallah ..berunungnya diri ini dapat bersama kalian.

TERIMA KASIH Dr untuk ilmu & pengalaman yang di kongsi..

ain, oden n acha ..mereka sangat forthcoming=)

program ini melibatkan khatan seramai 36 lelaki & juga 40 perempuan ..saya terlibat dengan khatan lelaki! khatan perempuan diuruskan oleh staff nurses dari PPUM (x sempat berkenalan dengan mereka)..

seorang peserta mengambil masa dalam 30minit untuk dikhatankan. program selesai sejurus sebelum maghrib.. alhamdulillah3, alllahuakbar!

2 be edit & continue..

Wednesday, December 9, 2009

selamat berCINTA hingga ke syurga!

TAHNIAH buat sahabat yang sentiasa dekat di hati saya
wan nor nashzatul shima & suaminya ustaz ramzi
atas penyatuan 2 jiwa daie
pada 5 disember 2009 di Baling, Kedah

~~moga Allah merahmati kalian
sahabatku ..selamat berCINTA hingga ke syurga!

Hanya itu yang kupinta

Tiada nikmat hidup seindah peluk restu seorang ibu
Tiada nikmat hidup seindah azimat kata seorang bapa
Tiada nikmat hidup seindah setia seorang suami (..belum)
Tiada nikmat hidup seindah doa seorang anak
Aku tidak meminta dunia dari-Mu ya Allah
Cukuplah sekadar nikmat-nikmat itu
Menemani nikmat beriman aku kepada-Mu

saya mengambil kata2 ini dari blog ayahanda saifulislam.com
sumber inspirasi sebuah kehidupan n' perjuangan~~

moga Allah sentiasa kuatkan hati ini
untuk merentasi setiap ujian tarbiyyahMU
..tiada Engkau menjadikan sesuatu sia2
..pasti ada hikmah tersembunyi disebaliknya

wahai hati ber..S.A.B.A.R..lah!

Damai BersamaMU ..

Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Reff;
Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu

salam 1 aqidah!
saya mengenali+jatuh hati pada nasyid ni
semasa mengikuti program motivasi ESQ..
subhanallah
cuba hayati..

carilah dunia, kejarlah akhirat
di situ ada ketenangan ..insyaAllah~

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Berjuang Sahabatku.. Dr MUSLIHAH

salam ukhwah buat semua
dah sebulan saya x update blog ni sb xdapat online
salam rindu buat sahabat yang cukup dekat dhati saya..
Siti Muslihah..yang kini telah selamat sampai dbumi anbiya'
bagi meneruskan pjuangn menuntut ilmu mjadi seorang
Dr Solehah wa Muslihah=)
insyaAllah
Alhamdulillah..
Allah mgizinkan ptemuan sebelum beliau blepas
ke Mesir smlm 6 oktober 2009
d KLIA.. subhanallah..indahnya ukhwah pada jalanNya
disini saya suka u memetik luahan hati dari blog beliau sendiri
yang acapkali menjadi tempat saya mgubat rindu
pada seorang sahabat sehebat dirinya
SELAMAT BERJUANG SAHABATKU!

****
Assalamua'laikum wbt..
Alhamdulillah..
Segala Puji bagi Allah..
Tuhan penguasa sekalian alam...
Akhirnya Allah memberikan jawapan
Jawapan kepada sebuah penantian..
Jawapan yang saya sendiri tidak pernah tersangkakan.
Benarlah, Allah lah Perancang Terbaik kehidupan kita...
Buat shbt2 dan teman yang disayangi..
Insyaallah, dengan izin-Nya saya akan berangkat ke Mesir
pada Isnin ini (5hb Oktober 2009)..
Mohon doa dari semua ya..
Maaf juga atas keterbatasan waktu,
tidak sempat untuk saya menghubungi semua
di celah2 kekalutan ini..
Sungguh perancangan dan takdir Allah
sentiasa yang terindah dan terbaik
Maafkan segala silap dan salah saya
samada yang zahir atau tersembunyi..
Moga dipermudahkan jalan penuh keberkatan
dalam permusafiran ilmu di bumi Anbiya'..
Insyaallah..
Siruu a'la barakatillah=)

Ahyana
Zagazig University
Arab Republic of Egpyt

"Jangan diucapkan selamat tinggal,
bahkan ucapkanlah sehingga bertemu lagi..
Andai tidak dibumi Tuhan,
mudah-mudahan di Syurga nanti"..

"Doakan saya.. =)

Monday, August 17, 2009

..engkau belum saling mengenal tanpa kembara..

Teringat saya kepada riwayat ibn Abi al-Dunya,
bagaimana pada suatu ketika Umar mendengar
seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain.
Umar bertanya kepadanya,
“engkau pernah bermusafir dengannya?”
“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.
“Engkau pernah bergaul rapat dengannya?” tanya Umar lagi.
“Tidak pernah,” jawab lelaki itu lagi.
“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia,
sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”

Bermusafir dan bergaul rapat itu adalah wasilah
untuk kita saling kenal mengenal.
Itulah khasiat di sebalik pengembaraan yang panjang tersebut. Perjalanan dengan segala kesukaran, cabaran, masalah, dan tekanan akan mengeluarkan wajah dan warna sebenar seseorang.

Itulah sebabnya Umar menilai bahawa selagi kita tidak pernah bermusafir bersama, atau bergaul mesra, malah dalam riwayat-riwayat yang lain, diletakkan juga soal memberi amanah kepercayaan, berurusan berkaitan duit, maka selagi itulah kita belum layak mendakwa,
“aku mengenalinya”..
~engkau belum saling mengenal tanpa kembara~