Tuesday, December 28, 2010

1, 2, 3.. sampaikanlah aku pd 'husnul khatimah'.. ya Allah~

err.. bukan sekadar hiasan~

PERLIS
1. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

KEDAH
1. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star
2. Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani
3. Hospital Kulim*

PULAU PINANG
1. Hospital Pulau Pinang
2. Hospital Seberang Jaya

PERAK
1. Hospital Taiping
2. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
3. Hospital Teluk Intan
4. Hospital Seri Manjung-Lumut

WILAYAH PERSEKUTUAN
1. Hospital Kuala Lumpur
2. Hospital Putrajaya

SELANGOR
1. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
2. Hospital Selayang
3. Hospital Kajang
4. Hospital Serdang
5. Hospital Ampang
6. Hospital Sungai Buloh*

NEGERI SEMBILAN
1. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
2. Hopsital Tuanku Ampuan Najihah, K.Pilah*

MELAKA
1. Hospital Melaka

JOHOR
1. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
2. Hopsital Sultanah Aminah, JB
3. Hospital Batu Pahat
4. Hospital Sultan Ismail, Pandan, JB

PAHANG
1. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
2. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh

TERENGGANU
1. Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT

KELANTAN
1. Hospital Raja Perempuan Zainab II, KB

SARAWAK
1. Hospital Umum Sarawak
2. Hospital Sibu
3. Hospital Miri

SABAH
1. Hospital Queen Elizabeth
2. Hospital Tawau
3. Hospital Duchess of Kent, Sandakan

PUSAT PENGAJIAN TINGGI
1.PPUM
2.PPUKM
3.HUSM

..jangan tiba2 tercampak ke pesisiran da la
hasbiyallahu wa nikmal wakeel~!

kErak nAsi uNtuk iBu~

~bukan mudah ibu melahirkan

Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.

"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.

Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.

Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.

Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.

Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.

Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :

"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."

Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"

Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."

Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."

Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'

"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..

Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..

"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

selamat hari ulangtahun perkahwinan buat ibu & ayah pada 19 disember lalu

moga beberapa hari lagi, saya mampu memberikan hadiah ter'besar'

sebuah kejayaan IJAZAH DOKTOR PERBATAN (MD) UKM buat mereka

ya Allah.. ampunilah dosa mereka & sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku semasa aku kecil dahulu

Monday, December 27, 2010

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan yang usang hampir roboh, maka akanku jelajahi seluruh pelosok dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang IKHLAS untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

Imam As-Syahid Hassan al-Banna

Sunday, December 26, 2010

UNIC - menuju wawasan~!

..jom hayati lagu ni..
saya suka sgt 'layan'..(^-^)~
..insyaAllah
Allahuakbar~!
umat islam sentiasa boleh~!!!

s-e-m-a-n-g-a-t~!!!

**
Wawasan Diri Penuhi Dada Dengan Ilmu
Wawasan Agama Bekalan Masa Depan Dan Akhirat
Kuat Usaha Jujur Dan Amanah
Sentiasa Mengharap Keredhaan Allah

Umat Islam Harus Cemerlang
Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam
Jangan Buang Masa
Siapa Kata Kita Tidak Boleh?
Kita Ada Allah Maha Kuasa
Kita Punya Kuasa Tenaga
Doa Sebagai Senjata
Umat Islam Sentiasa Boleh

Umat Islam Zaman Lampau
Taat Perintah Rasulullah
Bersama Berusaha Bersatu Tuju Wawasan
Wawasan Dunia Dan Akhirat

Akidah Ibadah Harus Sempurna
Ibadah Tanpa Akidah Wawasan Syaitan
Ulama’ Warisan Anbia
Pegangan Mereka Harus Diikut
Ajaran Sesat Wajib Hindari

Tuesday, December 21, 2010

di sini i-k-h-l-a-s bermula ~solusi 26

rajin sungguh saya 'bersama' blog saya sejak-2menjak ni
yela.. setelah bjauhan dengan sahabat2
sape lg 'sahabat' yang tinggal mlainkan sebuah laptop yang didalamnya terisi pelbagai
(hu3,wp laptop ihsan pinjaman dari seseorang)

kanak2 rohingha ..program yayasan SALAM malaysia

kisahnya ttg ikhlas..

.. mungkin pernah kita memberikan sesuatu kepada sahabat. mungkin apa yang diberikan itu dalaah harta kesayangan kita. dan setelah memberinya, kita tidak lagi terkenang-kenang atau berharap apa yang diberikan itu dibalas dengan imbalan yang sama atau yang lebih besar. di saat kita dapat melupakan apa yang pernah kita berikan kepada orang lain, maka disitulah IKHLAS bermula....... solusi 26

moga kita sm2 sentiasa ikhlas keranaNya~!

Hati diikat pada masjid ~solusi 25

Abu Sa'id al-Khudri ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Jikalau engkau melihat seorang lelaki yang sentiasa berulang alik ke masjid, maka persaksikanlah baginya dengan (ketulenan) imannya"..
Allah swt berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat"..
(Hadis riwayat At-Tarmizi)

subhanallah.. ia mengingatkan saya kepada seorang sahabat
(umumnya sahabat2 yang beriman & beramal soleh:)
moga saya juga mampu sehebat sahabat2 saya dalam menyemai taqwa
..mg sama2 istiqamah menuju Allah

*petikan dari majalah solusi.. kalu rajin nnt saya sambung taip lagi ..doa untuk saya,saya demam lagi ..kali ke2 dalam masa 3minggu ..hu3 (kaffarah dosa3 kot) ..

"orang yang bijaksana adalah orang yang banyak mengingati mati & bersedia untuk menghadapinya".. jomla kita sm2 menjadi orang yang bijaksana~!

Monday, December 20, 2010

"peperiksaan sedang dijalankan" ..shh

shh..
saya tengah xm
then fullfill all d requirement needs
before entering my last final year posting
"emergency medicine"
i like it so much~!

ya Allah.. permudahkan jalanku menuju ke akhirnya
sahabat.. doakan saya 'mumtaz'.. (^-^)~

Friday, December 10, 2010

tit.. tit.. tit.. beberapa minggu saja lagi~

year 1 (learn about normal)
anatomy
biochemistry
human physiology

year 2 (learn about abnormal)
pathology (cara kejadian penyakit)
microbiology (kuman kecik)
pharmacology (obat)
parasitology (kuman besar.. tul ke?)

**
year 3 (clinical medicine)
internal medicine (perubatan umum)
med & society (perubatan masyarakat)
surgery (bedah)
obstetric & gynaecology (sakit ibu2)

year 4
ear, nose & throat
anesthesiology (bius)
opthalmology (mata)
psychiatry (sakit mental)
paediatric (kanak2)
orthopaedic (tulang)

year 5 ..repeat all above~!!!
family medicine (clinic)
emergency medicine (perubatan kecemasan)
forensic (bedah mayat)
personal & profesional development (p.p.d)

alhamdulillah.. luas ilmu Allah ajarkan padaku
ilmu yang perlu aku sumbatkan sepadat mungkin ke dalam dada dalam masa 2bulan akhir ini
Ya Allah.. izinkan aku sebuah pengakhiran yang aku, ibu+ayah & semua impikan
sebuah kejayaan
IJAZAH DOKTOR PERUBATAN
MEDICAL DEGREE (UKM)
..'inna ma'al 'usri yusra'..

potong, potong n potong lagi~!

5disember2010, ahad
~wilayah psekutuan~

perbarisan seramai 47 mujahid yang bakal dikhatankan ..semangat adik2 ni nak jd dewasa.. ayah+ibu brulang2 memujuk 'nnt boleh semayang sm dengan ayah'.. 'nnt abang boleh jd imam' ..'nnt boleh pg masjid' ..
(ToT).. saya xfaham, kalu xkhatan.. xboleh jd imam, xboleh pg masjid dll ke??

xkurang juga ibu+ayah yang memujuk dengan 'habuan dunia'.. lepas doktor potong, ayah belikan PSP, kete control, bagi duit rm5 (je??), dll ..hu3,macam2 gayanya ..terpulang pada ibu+ayah bagaimana pilihan cara mendidik yang terbaik

ade juga yang xperlu pujuk.. katanya 'abang lelaki, kuat macam ultraman.. ultraman x nangis' kuang3 ..berkesan tul tarbiyyah ultraman ke dalam jiwa adik2 ni

sebelum dikhatankan.. adik2 ni dimandikan
kalu dulu2 terjun sungai ramai2 (ye ke? saya agak je) skg invite je bomba buat hujan~!

melihat abang2 bomba ni.. mgingatkan saya pada FRU ..wa3 kene sembur masa g demo ..bes wp pedih mata (macam nak buta), tcalar jari2 kene duri sb jadi superman, merah kulit tkene water canon, sesok napeh hidu gas pedih ..hu3 pecah rahsia kalu 'polis' baca blog saya ni ..hanya jihad yang teramat kecil~

selebriti pada program tersebut (bukan ibunya~!) ..tp 2 si kecil bjubah putih ini ..yunus (yuyu) & yaakob (yaya) ..hu3,susah nak jmp nama sbgini zaman skg ..apa yang speselnye,'ustaz'2 kecil ni speaking bagai air yang mgalir^-^ even mereka tgh cemas.. he said 'ouh ummi, its painful~!'.. 'doctor,don't cut plz~!' hu3 ..generasi tarbiyyah ibu mithali.. ngeh3

~yaya nanges~

mashimaro UM ..hu3,kaya dgn kisah2 katun sehingga terhibur mujahid2 kecil yang ketakutan ..tq bro,tersenyum juga saya sambil memotong ..(^-^)~

dicelah2 ke'cemas'an adik2 yang bakal dikhatankan, sempat lagi yusra+najmi bmesra ..ngee~ couple of d year ..yang duduk tu aishah.. they all from USIM

.. di sini ikhlas bmula ~tq sahabat

tatapla gambar dulu.. saya nak g jogg~!
nnt saya kisahkan citenye ..

tataa~!

Saturday, December 4, 2010

Pegawai Perubatan UD41

saat ni..
saya amat menantikan istikharah saya untuk mbisikn jawapn..

di mana bumi saya akan menumpahkan peluh & darah saya

terkini, 10dis2010,942pm

pilihan saya :
1. Hospital Sultan Hj Ahmad Shah (HoSHAS)
..orang2 Temeloh jgn teharu ye~!
2. Hospital Umum Sarawak (HUS)..
3. Hospital Queen Elizabeth, Sabah

"rabbi yassir wala tu'assir ya Allah"
sahabat.. doakan kejayaan saya,
kejayaan saya kebanggaan untuk kalian juga(^-^)~
datang konvo saya nnt ..saya sponsor flight ke dectar, UKM bangi
..wah3~ grandiosenye~!

:: Hospital Slim River ::

perjalanan yang akan saya lalui ke HSR

insyaAllah.. esok saya akan berangkat ke HSR
posting district terakhir saya
sungguh pantas masa blalu ..
rabbi zidna 'ilman warzuqhna fahman ya Allah~!

..tp sebelum berangkat ke HSR
seawal subuh esok saya akan ke program khatan (yeiy~ ini hobi saya!)
kanak2 bakal mujahid 'tunggu Dr datang ye!'
inilah program musim cuti sekolah saya setiap hujung minggu
..potong2, dan potong lg!
terima kasih Allah kerana masih mberi saya peluang ilmu & pengalaman ini
(nnt saya kongsi gambar saya jd mak mudim..ngee~)..

pjalann saya ke slim river esok akan mgunakan keretapi tanah melayu (KTM bhd)
dan bmaksud saya tidak dapat berada di atas talian selama berada disana
moga dc2 ruang+peluang untuk saya bmujahadah segala2nya ..ngeh3

babai~!!!
illaliqa'........................................... sahabat~

senyum~!!!




tersenyum saya melihat gambar2 ini (^-^)~
ntah ye ke x ini gunung senyum
tapi ini yang saya dapat dari google search
ntah kenapa bkenan sgt saya dgn gunung seketul ni
disebalik gunung ini juga terselit sebuah kisah ukhwah
modul 'tafahhum'.. adeii~
saya minta maaf (secara terbuka)
terima kasih kerana tidak mbawa saya ke sana
wp saya bkeras untuk ke sana
saat ini saya dapat menilai hikmahnya
maafkan saya kerana 'pending' dalam memahami
hu3.. ayat2 senget je
nasib blog saya ni 'private'

saya yakin..
suatu hari nnt saya pasti akan sampai ke sana
saya percaya sb saya sllu dapat bla saya yakin (& juga sebaliknya)
btepatan dgn 'law of attraction' la kot
lagi best kalu saya dapat ke sana nnt ..bsama kalian~!
hu33 ..masih mood rindu yang teramat lagii~

Friday, December 3, 2010

barakallahulakum~

keluarga nucleus allayarham omar ismail ..
moga ruh arwah sentiasa dalam rahmat & rahimnya

setelah 4bulan dptemukan bsama ..hu3

tabahkan hatimu, sahabat..

qatar airway sebelum naik ke langit.. 1010am

sayang ki pada generasi harapannya ..jailulhuffaz

saya mula menangis bla melihat 'babak' ini..

selamat tinggal,ayah..

setelah ustaz aniq, ustaz najib, b, ewa, azie selamat terbang ..

alhamdulillah.. saya selamat tiba d KLIA seawal2 pagi wp saya tidak penah memikirkan cara ke sana sebelum ini ..ini sahaja sedikit yang saya dapat berikan sbg mbalas kebaikan2 kalian

penutup 'surat cinta' yang saya tulis semasa d KLIA.. 28 nov 2010
hu3 ..jgn salah faham ye~!

kehilangan kalian cukup terasa (koi demam)
wp ukhwah ni hanya berusia 2bulan 10 hari
tp terlalu banyak yang saya dapat dari ukhwah ni
terutamanya kisah2 ketabahan dari setiap jiwa yang saya kenali
saya hargai ukhwah ni.. hadiah hari lahir saya pada tahun ni
20 september 2010, wad surgery male, PPUKM
faten+najib+firdaus+arwah pakcik omar
..wp tiada kek yang faten bw untuk saya
saya xrasa faten tahu itu ulangtahun hari lahir saya
saya oncall pada hari tu..posting paediatric, kanak2
wp xlama dapat jumpa tp ia cukup berbekas d hati saya
juadah istimewa pada petang itu
cuma jambu batu+teh panas ..tp cukup istimewa pada saya~!

selamat meneruskan perjuangan sahabat
wp kalian jauh di mata kini
sejarah smlm telah terukir indah di hati saya
saya xmungkin akan lupa
najib pernah bertanya "apa perbezaan liver+heart"
liver adalah hati yang mpunyai rasa & boleh mybbkan manusia mjadi kuning bla ia tidak lagi berfungsi
heart adalah jantung yang mgepam darah ke seluruh badan, bla ia thenti.. bmaksud jiwa itu telah kembali kepada pciptanya
kedua2nya adalah ciptaan Allah yang amat penting
(saya mengarut)

saya sentiasa mdoakan kejayaan kalian
wp apa nilai doa saya dbandingkan doa2 hamba yang soleh spt kalian
doakan saya juga
moga kejayaan mjadi milik kita bsama
moga kita SABAR wp apa taqdir Allah yang menimpa
(saya suka mbaca entry dari blog kaksu btajuk 'rindu'
.. ia ada kaitan dgn perjalanan hidup yang saya lalui)
moga kita semua SABAR
moga kita hamba2 yang TABAH
moga suatu hari nnt kita bisa bersama di dalam syurganya~!

:: salam sayang & rindu dari bumi Allah ::
m-a-l-a-y-s-i-a


Friday, November 26, 2010

~speechless~

Pertemuan…telah ditakdirkan…
antara kita tidak pernah dirancangkan…
manalah takdir hendak dilawan…
semuanya ketentuan tuhan…

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian..
moga teguh..nya ikatan ini..

sahabat…yang amat ku kasihi..(kasihi..)
susah senang kau disampingku(di sampingku..)
kehadiran dikau disisi…(sahabatku)..
mengubat sepi dihatiku…

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama -sama kita lalui
suka dan duka memburu impian…
moga teguhnya ikatan ini…

sahabat…yang amat ku cintai…(cintai..)
susah senang kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)

ooo…sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepertimu
membimbing menasihatiku
Hanya satu dalam beribu ..oooo

sahabat…yang amat ku cintai…(cintai..)
susah senang kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)

namun kini hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilaman perpisahan
kemesraan mekar ke akhir pesanan
sayu menitiskan airmataku..

**hu3 ..saya xpandai nak upload lagu ni ke blog..
carilah sendiri kat tenet ye.. 'sahabat -hawary'

selamat terbang sahabat~

besnye ngaji jauh2.. pg sekolah naik kapal terbang
cuti pulok bapok punye lame.. (~5bulan)
dapat belajar ilmu+pengalaman kat negara orang.. hu3 jelesnya
selamat meneruskan pengembaraan ilmu ustaz/ah2 sekalian
moga kejayaan milik kita bersama

**
:: terima kasih firdaus omar (akak pinjam gambar ni dari blog awak) ::


janganlah ditangisi apa yang bukan milikmu~!!!

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

jadilah dirimu semula!

gambar sekadar hiasan : sedang 'potong' dalam program khatan(^-^)~

Duhai dirimu yang kuhormati,
Jangan kau hilangkan kepercayaan dan harga dirimu yang selama ini terjaga.

Duhai dirimu yang kuiingati,
Sabarlah dengan penantian ini,
Halanglah dirimu daripada menghubungiku,
Jagalah hati kita agar tidak lalai dari mengingati-Nya,
Kerana cara itu lebih kusukai,
Bahkan aku bertambah yakin,
Namun, aku sedikit kecewa dengan dirimu,
Masih ingin menghubungiku walhal,
kau tahu kita bukannya mahram,
Yang tak patut kau hubungi.

Duhai dirimu yang kusegani tatkala dulu,
Jangan kau biarkan perasaan itu mengawal dirimu,
Hingga tindakanmu melebihi batas,
Jadilah dirimu semula,
Yang kukenali sebelum ini,
Kejarlah cita-cita yang murni,
Jangan kau lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada yang Esa

~Allah.. thank you Allah
kerana xpenah jemu mengingatkan hambaMU yang sering lalai~

Tuesday, November 23, 2010

khidmat kesihatan & dakwah pulau ketam

misi dakwah ke pulau ketam..
gabungan doktor & ustaz yang turun ke 'laut' bagi mjayakan misi tersebut..
pulau ketam majoriti adalah penganut BUddha (90%)..

~la tahzan!

..ketupat aidiladha 2010.. my handmade!

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri dan anda juga ada kelebihan yang orang lain tidak memiliki

Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa dan Allah ingin bagi kita 'sesuatu' dengan musibah itu

Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan, sesungguhnya setiap kesusahan itu akan ada kemudahannya

Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Anda tidak dapat membangunkan dan memperbaiki diri

Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi ambillah pengajaran dari tingkah laku mereka itu

Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu, walaupun manusia tidak memandangnya. Ingatlah Allah itu ada bersama Kita dan melihat kita...dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Jangan Bersedih, berbahagialah dengan hidup anda hari ini kerana mungkin tiada esok lagi untuk Anda

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA~!!!

program khatan kembali lagi~

barisan doktor, pelajar perubatan & urusetia yang terlibat
dr.amin, dr.azrin (surgeon idola saya..), dr.syahril, dr.fuad, pak/makcik urusetia, me, ain, aina, dr.maslina.. yusra+najmi tiada dalam gambar (da balik..)

kasih ayah..

gambar2 lain sensored untuk dptontonkan

hehe..
setakat ni je dulu
xsabar nak update wp xsempat~!!!

nantikan ye(^-^)~

be strong!

Bila terasa lemah,
cari alasan untuk kuat
jangan biarkan diri terlepas ke dalam gaung kelemahan,
ikat diri dengan tali keimanan
be strong~
~Allah is near!

Monday, November 15, 2010

~salam aidiladha~


Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika

Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalaka


Pergi haji
ertinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina

Memberi hadiah kepada Allah

Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik

Harta yang halal hati yang bersih

Niat yang suci amal mulia


Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna

Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia


Tata tertib dan akhlak kenalah jaga

Buatlah dengan tenang serta tawadu'

Sabar dan tolak ansur mestilah ada

Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya

Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah

Beringatlah betulkanlah niat kita

Moga-moga haji kita diterima


Jagalah pantang larangNya

Yang boleh rusakkan hati

Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa

Ingat selalu padaNya

Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Haji menuju Allah (Raihan - Syukur 21)

9 zulhijjah 1431hijriah
selamat hari raya aidiladha buat jiwa2 yang saya sayangi
tahun ni saya akan menyambut hari raya di HUKM
'alah bisa, tegal biasa' ..kata ustaz aniq (nama2 ni je sokmo naik:)
ape2pun segalanya adalah pengalaman sebuah kehidupan
xkan sokmo nak berada di comfort zone
still beraya di bumi bertuah malaysia wp xbersama mak+ayah dll
.. lagi mencabar sahabat2 yang beraya kat oversea, kn?? ..(^-^)~

Allah.. aku rindu
labbaikallahumma labbaik...................
labbaikala syari kalakalabbaikk..........
..bergema lagu raihan ni dari handphone saya
berkali2 saya putarkan..

aku rindu untuk ke sana
mudah2an suatu hari nnt ada rezeki saya untuk sampai ke bumi barakah itu

~SALAM AIDILADHA~

Sunday, November 14, 2010

Tahun melawat PAHANG^^

alhamdulillah.. selamat akhirnya saya tiba semula ke kuala lumpur
wp perjalanan kali ni sedikit terlebih mehnah & tribulasi hati
berendam airmata hinggakan makin tinggi air sungai pahang
(red alert~!!! bantuan kecemasan jika banjir besar blaku di pahang)

lawatan saya kali ni buat meraikan abang long ustaz najib
mbina mahligai cinta dgn kaklong murni (nama ibu saya!)

selamat bercinta hingga ke syurga!

pok jid sebagai pengepit.. tersenyum berseri3 mengalahkan anak teruna
petandanya xlama da tuh.. (da la uniform putera UMNO).. (^-^)(^-^)~

****
..nak juga update blog (sejak kebelakangan ni)
wp pengintai blog saya bape kerat la sangat
sumanya yang senget2 ..lebih teruk ada yang erot, comot, hodoh dll..

ustaz najib cakap 'doktor kene BERANI'..
sejak tu baru saya berbesar hati nak bagi orang intai blog saya ni

Allahurabbi..
..aku kembali rindu
rindu pada sahabat2 yang kutinggalkan di sana
bersabarlah duhai hati

"moga ada lagi pertemuan antara kita,
andai tidak di dunia.. mudah2an di syurga nanti"

jumpa kat KLIA.. insyaAllah
..jemput koi kat HUKM(^-^)~

Lailaha illa anta subhanaka
inni kuntu minazzoliminn..

ya Allah,,
ampuni kekurangan akhlakku dalam bersaudara pada jalanMu!

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

"Sahabat yang salih itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau mendapatkan bau harumnya. Dan sahabat yang jahat itu ibarat tukang besi, bila engkau tidak terkena percikan apinya, maka engkau akan terkena asapnya"..

(Hadith riwayat Abu Daud)

Allah.. syukurku hanya dalam pengetahuanMU
.. bantulah aku untuk memelihara ia sebaiknya!!

Thursday, November 11, 2010

s-a-h-a-b-a-t

"persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi..
sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..
tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir..
tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal"..

sahabat..
sama2lah kita menghargai setiap ukhuwwah yang terjalin ^^

buat sahabat2 tersayang ..lagu ini saya dedikasikan buat kalian

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi

Tajuk : Cebisan Kenangan
Munsyid : Amar

Wednesday, November 10, 2010

kisah budak2 tadika!

sebarisan dokter ke tabika kemas seri budiman, cheras ..jumaat. 2 nov 2010 ..
..untuk sesi pendidikan kesihatan ..(susoh weii dokter nok kene jadi pendidik)

saya bawa slot penjagaan gigi~!!!

saya bertanya, harini kte nak belajar ape? (sambil menunjukkan replika gigi)
sorang dari mereka mjawab, 'kaviti!" ..kuang3 ..advanced la kanak2 zaman skg.. macam iklan 'bunga oked' kat TV suatu ketika dulu ..hurm~

soalan saya seterusnya ..

"adik, kite gosok gigi guna ubat ape?"
sorang adik memberikan jawapan "ubat gosok"
yeaahhh..
dush~mesti mak die tukang urot(^-^)~

boleh pecah perut saya gelak kalu saya jadi cekgu tabika!

antara lain yang mbuatkan saya tersenyum bla teringat..
saya ajarkan..
setiap hari basuh tangan sebelum makan bla3 ..sebanyak bla3 kali
sorang dari mereka dengan semangat mgangkat tangan & bertanya lagi
.."dr,basuh kaki bape kali sehari?"
adikkkk~!!! xde ke soklan yang lebih mudah untuk dr (+o+)~
saya gagahkan juga hati & menjawab..
..paling malas 5 kali sehari ye, adik kakak sayang
sebelum solat (ngee~jadi ustazah sekejaps..)

setakat ini sahaja saya ingin mengarut
best3 ..dapat memberi pendidikan kesihatan kepada adik2 kecik

"melentur buluh biarlah dari rebungnya!"

Tuesday, November 9, 2010

menjala ikan ..di paya mat erot~!!!

ustaz najib..
ishh3.. baju OT hospital dipakainya buat menjala ikan!
macam pesakit mental terlepas ke dalam paya pun ade juge(^-^)~

ustaz aniq..
begini rupanya ustaz2 mesir ble balik kampung
ingatkan mgapal qur'an je sokmo ..ngeh3

petang tu dapat banyak ikan..
che'de masakkan ikan2 & sayur..kami makan same2
selera sgt saya makan!

syukran akhi..

..doaku

moga Allah memelihara ukhwah ini agar ia kekal hingga ke syurgamu
kerana aku yakin sesungguhnya ..hanya Engkau sebaik2 pemelihara ..
..uhibbukum fillah!

suatu petang, rabu, 3 november 2010

sebuah perjalanan..

kat rumah ki ustaz aniq..
dari kiri kaklong!, azie, kaksu, ustaz aniq, ki, bie, ewa.. ustaz najib xda(n-n)~

suke sgt gambar ni

suke sgt ziarah ke chenor

banyak sgt, sgt banyak..

ilmu & pengalaman yang saya dapat selama 6 hari musafir ke sana :
  • -malam pertama sampai da terkena lagi dengan ustaz najib! ..frust guling2 masa sampai kat stesen bus malam tu! rupanya saya ditipuuu(TOT).. arrrgh.. seteresnye koi dengan anak soleh pakcik omar ni.. then alhamdulillah dapat dengar ceramah ustaz2 mesir ..ingatkan nak kene brainwash daa! sambil dinner tomyam sedapss (xabes wp asalnya sangat lapar) ..
  • -menjala ikan! paling best.. pertama kali selama hayat saya (saya sangat3ss mghargai pengalaman ni.. syukran ki, che'de, ustaz najib, ustaz aniq..juga pemilik paya mat erot)
  • -tercocok ibu jari dengan sengat ikan 'jerung sungai' a.k.a ikan baung dari kolam kaksu! (tumpah juga darah koi di bumi lanchang)
  • -tengok pakcik sembelih kambing secara live (dan belajar cara2 sembelih dengan betul dari ustaz aniq.. ngee~ ni yang best kawan dengan ustaz/ustazah)
  • -jalan2 makan angin sekitar chenor & seberang chenor naik motooo ..sampai kampung orang asli bukit kertau
  • -jalan3 naik kete, tengok pakcik pelihara ikan paten kat sungai pahang berdekatan batu gajah (sambil mendengar sirahnya dari penglipurlara ustaz aniqq ..gayanya macam champion pertandingan bercerita masa sekolah2 dulu:)
  • -terjatuh dari buaian kayu bawah rumah che'de ..huh,nasib baik xde sape nampak!
  • -pegi kedai getah milik ayah kaksu 'sahbudin b i dollah'..sampai saya tetidoo mabok bau getah! syukran kaksu (nak toreh getah tp cuaca x mgizinkan.. hujan3)
  • -nak berenang sungai (tp air sungai pahang tengah naik sb hujan3..) kang lemas kuar berita lagi 'bakal doktor mati lemas'..sob3.. macam cite senior koi dulu ..tragiss!
  • -dapat belajar masak ikan paten dari che'de, ikan paten yang fresh dari sungai pahang (lunch), ikan sungai yang fresh dari paya mat erot~ (dinner)
  • -pakai inai pengantin ..saya pakai inai tangan kiri, kaksu pakai kanan ..hehe (bmadu lebah la katakan!) ngeh3 ..bau inai di jari ni cukup mbuatkan koi rindu pada wokme!
  • -koi buat modul ukhwah xjadi kat HoSHAS ..ustaz najib, koi mtk maaf sgt3.. orang beriman mesti SABAR kan??
  • -koi nak panjat gunung senyum ..tp xjadi akhirnya.. (nasib baik koi xgrandiose bawa kasut sukan, kalu x campak dalam sungai pahang jela!)
  • -belajar bahasa pahang yang unik ..eg.ghodong=kawan, kome=kami, jongor=tinggi/besar, sibih (koi lupa da maksudnye) dan banyak lagi..
  • -kene giget dengan makhluk halus (merah2 kesan pada kulit ni.. xilang lagi) ..dengue ke?? tp xda demam
  • -malam yang sgt dingin.. bangun pagi jemari2 seni saya ni jadi biru..

menitis airmata koi bila teringat kenangan ni..
koi nak pegi chenor lagi~!!!!!!!!!!

mm..nntla koi sambung ..nak baca buku pulak
asyik rindu je.. berkarat la otak koi..

kepada ustaz najib ..koi mtk maaf.. koi buat aok penat dengan dengan kehendak2 koi terutama masa kat HoSHAS ..koi buat 'modul' sket je (hehe..nak test iman ustaz2 azhar!)

kepada ustaz aniq.. terima kasih sangat kerana sentiasa mberikan koi jawapan apabila koi terasa ragu2 dengan ustaz najib (pening kepala koi dengannya!) ..u complete each other..

kepada kedua2nya ..
terima kasih untuk layanan yang cukup istimewa sepanjang saya mgembara ke sana


kepada kaksu.. terima kasih & saya mtk maaf.. berulang2 kali ajak kaksu panjat gungung senyum (wp akhirnya impian saya gagal juga) ..saya mtk maaf..

kepada ki.. che' de.. i miss both of u so much~!!! syukran 'ala kulli haal..
persinggahan terbaik yang pernah saya temui ..wp malam pertama xdapat tdo dsbbkan gangguan makhluk2 yang halus tu ..dan bunyi yang pelik (haha..irama kerbau berdengkur rupanya!)

kepada ibu+ayah ustaz aniq (malam6), kaksu (malam3,4), ustaz najib(malam2) ..koi rindu sangat ke mimi, che'de+ki (malam1,5) ..terima kasih sgt3 kerana meminjamkan saya kamar mimpi yang indah (tempat tdoo..makan & minum, juga terjaga keselamatan sepanjang saya di sisi kalian)

kepada ukhti suhanim & suami ..selamat pengantin baru ..selamat bercinta hingga ke syurga!

kepada ukhti ewa, azie, beda, bie, amirah, najwa, munirah, kaklong, kak kema, kak sarah dll .. jazakillahu khairan kathir 4 sharing d sweet experience with me
.. thanx so much 4 d ukhuwwah

dan kepada seseorang yang xpernah saya lupa ..allayarham omar ismail (ayah ustaz najib).. yang menjadi asbab kepada setiap ukhwah yang terbina ini.. AL-FATIHAH buat beliau ..moga arwah tersenyum bangga di negeri abadi di atas semua ini ..TERIMA KASIH ALLAH

SAYANG & RINDU sangat pada wokme~!!!

Monday, November 1, 2010

apa itu DOSA..


Rasulullah SAW bersabda: "Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya".. [Hadis Riwayat Muslim]

Rasulullah SAW bersabda: "Kebaikan itu ialah ap yg mententeramkan diri engkau kepadanya dan mententeramkan juga kepadanya hati. Dan dosa itu ialah ap yg bergetar dalam diri dan ragu dalam dada".. [Hadis Hasan ]

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan satu dosa, terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah dirinya dari bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melaksanakan dosanya, maka bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutup seluruh hatinya.Itulah karat yang disebut Allah di dalam kitabnya:Tidak sesekali demikian, sebenarnya apa yang usahakan telah menutup hati mereka [Surah Al-Mutaffifin ayat 14 ]” [Hadith Riwayat Al-Baihaqi]

ujian adalah TARBIYYAH..

“Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan,
kepayahan,sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan,
melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya” ..

-hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim-

d-i-a-m ..si pendiam

"Barangsiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah BERKATA YANG BAIK ataupun DIAM"..
-Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim-

"Janganlah anda berbicara KECUALI yang perlu sahaja, sebab kalau anda mengucapkan satu kalimah bererti ia telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya".. imam syafie

Lebih baik diam..
dari cakap tak menentu
lebih baik diam
dari mengumpat manusia di sekelilingmu

Jika engkau turut syaitan itu
engkau tidak kan dapat kawal mulut mu
sehinggakan mengumpat keseronokan bagimu
dapat sumbangkan isu, isu dan isu..

Engkau nampak aib saudaramu
tapi adakah engkau nampak akan aibmu
Dia Yang Satu sentiasa memerhatikanmu
jaga mulut jaga tingkah laku..

ble saya mgadap laptop..

mm..xcantikla post ni sb wane background xmatch
tp sb lukisan ni comel.. okla
kecik2 dulu,saya suka melukis,masuk ptandingan melukis..
tp tua2 ni malass..
melihat & pasti terpesona dgn lukisan orang je(^-^)~