Tuesday, September 14, 2010

..jadilah seperti batu..

Saat dilanda ombak deras,
jadilah seperti bebatu yang tetap teguh menahan rasa,
diuji Tuhan depan, belakang, kiri dan kanan.
Jangan sekali-kali dibiarkan su'uzhon terhadap-Nya menguasai jiwa dan akal,
kerna sangkaan burukmu itu merosakkan kehidupan.

Percayalah insan...
ujian itu tanda kasih sayang Tuhan.
Jangan berpaling daripada-Nya,
kerna Dia teman setia.
Mendengarmu saat insan lain tidak mengendahkanmu.
Memujukmu saat insan lain kelu.
Bangun jatuhmu, Dia tetap ada saat manusia lain meninggalkanmu.

Tiap jawapan yang dipinta, dijawab oleh-Nya dengan bijaksana.
Nah! Inilah rahmat dan nikmat yang tak terhitung daripada Khaliq.
Segalanya milik-Nya.

Kembalilah wahai hati dan jasad yang gersang...
kepada Rabb Agungmu, Kepada Rabb Esamu.
Kerna daripada-Nyalah segala penawar ketenangan.
Daripada-Nyalah segalanya bermula dan berakhir.

Sunday, September 12, 2010

saya kembali merindui 'buah hati' saya!

saya rindu dirinya.. SEBAB :

beliau mengenalkan saya pada dunia
megajar saya A,B, C ..1,2,3 juga alif,ba,ta
mendidik saya dengan ilmu agama yang sempurna
memberi saya ilmu & pengalaman dunia
..banyak lagi jasa mereka untuk saya sebutkan

terima kasih ALLAH
kerana mnegurniakan aku 'murabbi' sehebat mereka
arwah ATOK & NENEK
yang sentiasa bertakhta di hati saya

ya ALLAH..
limpahkanlah rahmat dan kasih-sayangmu senatiasa buat mereka!

:: selamat hari lahir ::


Selamat
Selamat
Selamat Hari Lahir
Selamat Dari Kemurkaan Allah
Selamat Dari Maksiat Lahir dan Batin
Selamat Bersyukur Selamat Bersabar

Demi Masa Sesungguhnya Manusia itu Rugi
Kecuali Yang Beriman dan Yang Beramal Soleh
Juga Yang Ingat Mengingatkan
Kepada Kebenaran dan Kesabaran

Selamat
Selamat
Selamat Hari Lahir
Selamat Dari Kemurkaan Allah
Selamat Dari Maksiat Lahir dan Batin
Selamat Bersyukur Selamat Bersabar

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Kembali
Umur Yang Dipinjamkan Hargailah
Gunakan Untuk Berbakti dan Menyembah Allah
Bila Dapat Nikmat Malulah Dengannya
Bila Dapat Ujian Redholah Dengannya
Bersiaplah Untuk Pulang Padanya
Hidup Di Dunia Sebenarnya Tipu Daya

Selamat
Selamat Hari Lahir
Selamat Dari Kemurkaan Allah
Selamat Dari Maksiat Lahir dan Batin
Selamat Bersyukur Selamat Bersabar

Wahai Ayah dan Bonda Yang Tercinta
Didoakan Panjang Umur Murah Rezeki
Sihat Badan Sempena Hari Lahir
Semoga Ilmu dan Iman Tertambah
Sempena Hari Lahir
Semoga Ilmu dan Iman Tertambah

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Kembali
Umur Yang Dipinjamkan Hargailah
Gunakan Untuk Berbakti dan Menyembah Allah
Bila Dapat Nikmat Malulah Dengannya
Bila Dapat Ujian Redholah Dengannya

Selamat
Selamat
Selamat Hari Lahir
Selamat Dari Kemurkaan Allah
Selamat Dari Maksiat Lahir dan Batin
Selamat Bersyukur Selamat Bersabar

penyanyi : mawaddah

buat diriku:)
selamat ulangtahun hari kelahiran yang ke24
pada tanggal 20 september 1986
juga
SELAMAT HARI LAHIR buat semua sahabat2
yang sentiasa di hati saya
moga ada lagi pertemuan antara kita

'andai tidak di dunia..
mudah-mudahan di syurga nanti'

Tuesday, September 7, 2010

ceritera semusim bersama 'senior' saya


haa.. ni masa budak2 ni tahun 3..
masa ni ada 'program'..
comel.. berbincang2 sesama mereka mcmn nak potong ayam dgn betul

today..

mereka ni adalah Dr2 muda
dari kiri
Dr.Hazim (HUS), DR.Sufian (HSI, johor), Dr.Zairi yang terselindung
(Hosptal Kemaman, Terengganu) n Dr.Zaim (Hospital US, sarawak)..

mm.. sape kata doktor xtahu masak??

moga Allah mpmudahkan setiap urusan & usaha kalian hingga ke akhirnya..

Saturday, September 4, 2010

Wednesday, September 1, 2010

merdeka! merdeka! merdeka!

sempena kemerdekaan malaysia yang ke-53..
saya ingin berkongsi kejayaan saya menawan puncak gunung ledang
sebanyak 3 kali~
wp berkali2 hanya berpeluang memanjat gunung ledang sahaja
moga lain kali dapatla saya menawan gunung2 lain spt gunung kinabalu, stp gunung yang terdapat di malaysia juga gunung everest (insyaAllah..ble tu??)

tapi.. apa kaitan dengan kemerdekaan?? ..hehe