Tuesday, December 28, 2010

1, 2, 3.. sampaikanlah aku pd 'husnul khatimah'.. ya Allah~

err.. bukan sekadar hiasan~

PERLIS
1. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

KEDAH
1. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star
2. Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani
3. Hospital Kulim*

PULAU PINANG
1. Hospital Pulau Pinang
2. Hospital Seberang Jaya

PERAK
1. Hospital Taiping
2. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
3. Hospital Teluk Intan
4. Hospital Seri Manjung-Lumut

WILAYAH PERSEKUTUAN
1. Hospital Kuala Lumpur
2. Hospital Putrajaya

SELANGOR
1. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
2. Hospital Selayang
3. Hospital Kajang
4. Hospital Serdang
5. Hospital Ampang
6. Hospital Sungai Buloh*

NEGERI SEMBILAN
1. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
2. Hopsital Tuanku Ampuan Najihah, K.Pilah*

MELAKA
1. Hospital Melaka

JOHOR
1. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
2. Hopsital Sultanah Aminah, JB
3. Hospital Batu Pahat
4. Hospital Sultan Ismail, Pandan, JB

PAHANG
1. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
2. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh

TERENGGANU
1. Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT

KELANTAN
1. Hospital Raja Perempuan Zainab II, KB

SARAWAK
1. Hospital Umum Sarawak
2. Hospital Sibu
3. Hospital Miri

SABAH
1. Hospital Queen Elizabeth
2. Hospital Tawau
3. Hospital Duchess of Kent, Sandakan

PUSAT PENGAJIAN TINGGI
1.PPUM
2.PPUKM
3.HUSM

..jangan tiba2 tercampak ke pesisiran da la
hasbiyallahu wa nikmal wakeel~!

kErak nAsi uNtuk iBu~

~bukan mudah ibu melahirkan

Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.

"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.

Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.

Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.

Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.

Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.

Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :

"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."

Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"

Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."

Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."

Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'

"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..

Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..

"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

selamat hari ulangtahun perkahwinan buat ibu & ayah pada 19 disember lalu

moga beberapa hari lagi, saya mampu memberikan hadiah ter'besar'

sebuah kejayaan IJAZAH DOKTOR PERBATAN (MD) UKM buat mereka

ya Allah.. ampunilah dosa mereka & sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku semasa aku kecil dahulu

Monday, December 27, 2010

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan yang usang hampir roboh, maka akanku jelajahi seluruh pelosok dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati-hati yang IKHLAS untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

Imam As-Syahid Hassan al-Banna

Sunday, December 26, 2010

UNIC - menuju wawasan~!

..jom hayati lagu ni..
saya suka sgt 'layan'..(^-^)~
..insyaAllah
Allahuakbar~!
umat islam sentiasa boleh~!!!

s-e-m-a-n-g-a-t~!!!

**
Wawasan Diri Penuhi Dada Dengan Ilmu
Wawasan Agama Bekalan Masa Depan Dan Akhirat
Kuat Usaha Jujur Dan Amanah
Sentiasa Mengharap Keredhaan Allah

Umat Islam Harus Cemerlang
Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam
Jangan Buang Masa
Siapa Kata Kita Tidak Boleh?
Kita Ada Allah Maha Kuasa
Kita Punya Kuasa Tenaga
Doa Sebagai Senjata
Umat Islam Sentiasa Boleh

Umat Islam Zaman Lampau
Taat Perintah Rasulullah
Bersama Berusaha Bersatu Tuju Wawasan
Wawasan Dunia Dan Akhirat

Akidah Ibadah Harus Sempurna
Ibadah Tanpa Akidah Wawasan Syaitan
Ulama’ Warisan Anbia
Pegangan Mereka Harus Diikut
Ajaran Sesat Wajib Hindari

Tuesday, December 21, 2010

di sini i-k-h-l-a-s bermula ~solusi 26

rajin sungguh saya 'bersama' blog saya sejak-2menjak ni
yela.. setelah bjauhan dengan sahabat2
sape lg 'sahabat' yang tinggal mlainkan sebuah laptop yang didalamnya terisi pelbagai
(hu3,wp laptop ihsan pinjaman dari seseorang)

kanak2 rohingha ..program yayasan SALAM malaysia

kisahnya ttg ikhlas..

.. mungkin pernah kita memberikan sesuatu kepada sahabat. mungkin apa yang diberikan itu dalaah harta kesayangan kita. dan setelah memberinya, kita tidak lagi terkenang-kenang atau berharap apa yang diberikan itu dibalas dengan imbalan yang sama atau yang lebih besar. di saat kita dapat melupakan apa yang pernah kita berikan kepada orang lain, maka disitulah IKHLAS bermula....... solusi 26

moga kita sm2 sentiasa ikhlas keranaNya~!

Hati diikat pada masjid ~solusi 25

Abu Sa'id al-Khudri ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Jikalau engkau melihat seorang lelaki yang sentiasa berulang alik ke masjid, maka persaksikanlah baginya dengan (ketulenan) imannya"..
Allah swt berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat"..
(Hadis riwayat At-Tarmizi)

subhanallah.. ia mengingatkan saya kepada seorang sahabat
(umumnya sahabat2 yang beriman & beramal soleh:)
moga saya juga mampu sehebat sahabat2 saya dalam menyemai taqwa
..mg sama2 istiqamah menuju Allah

*petikan dari majalah solusi.. kalu rajin nnt saya sambung taip lagi ..doa untuk saya,saya demam lagi ..kali ke2 dalam masa 3minggu ..hu3 (kaffarah dosa3 kot) ..

"orang yang bijaksana adalah orang yang banyak mengingati mati & bersedia untuk menghadapinya".. jomla kita sm2 menjadi orang yang bijaksana~!

Monday, December 20, 2010

"peperiksaan sedang dijalankan" ..shh

shh..
saya tengah xm
then fullfill all d requirement needs
before entering my last final year posting
"emergency medicine"
i like it so much~!

ya Allah.. permudahkan jalanku menuju ke akhirnya
sahabat.. doakan saya 'mumtaz'.. (^-^)~

Friday, December 10, 2010

tit.. tit.. tit.. beberapa minggu saja lagi~

year 1 (learn about normal)
anatomy
biochemistry
human physiology

year 2 (learn about abnormal)
pathology (cara kejadian penyakit)
microbiology (kuman kecik)
pharmacology (obat)
parasitology (kuman besar.. tul ke?)

**
year 3 (clinical medicine)
internal medicine (perubatan umum)
med & society (perubatan masyarakat)
surgery (bedah)
obstetric & gynaecology (sakit ibu2)

year 4
ear, nose & throat
anesthesiology (bius)
opthalmology (mata)
psychiatry (sakit mental)
paediatric (kanak2)
orthopaedic (tulang)

year 5 ..repeat all above~!!!
family medicine (clinic)
emergency medicine (perubatan kecemasan)
forensic (bedah mayat)
personal & profesional development (p.p.d)

alhamdulillah.. luas ilmu Allah ajarkan padaku
ilmu yang perlu aku sumbatkan sepadat mungkin ke dalam dada dalam masa 2bulan akhir ini
Ya Allah.. izinkan aku sebuah pengakhiran yang aku, ibu+ayah & semua impikan
sebuah kejayaan
IJAZAH DOKTOR PERUBATAN
MEDICAL DEGREE (UKM)
..'inna ma'al 'usri yusra'..

potong, potong n potong lagi~!

5disember2010, ahad
~wilayah psekutuan~

perbarisan seramai 47 mujahid yang bakal dikhatankan ..semangat adik2 ni nak jd dewasa.. ayah+ibu brulang2 memujuk 'nnt boleh semayang sm dengan ayah'.. 'nnt abang boleh jd imam' ..'nnt boleh pg masjid' ..
(ToT).. saya xfaham, kalu xkhatan.. xboleh jd imam, xboleh pg masjid dll ke??

xkurang juga ibu+ayah yang memujuk dengan 'habuan dunia'.. lepas doktor potong, ayah belikan PSP, kete control, bagi duit rm5 (je??), dll ..hu3,macam2 gayanya ..terpulang pada ibu+ayah bagaimana pilihan cara mendidik yang terbaik

ade juga yang xperlu pujuk.. katanya 'abang lelaki, kuat macam ultraman.. ultraman x nangis' kuang3 ..berkesan tul tarbiyyah ultraman ke dalam jiwa adik2 ni

sebelum dikhatankan.. adik2 ni dimandikan
kalu dulu2 terjun sungai ramai2 (ye ke? saya agak je) skg invite je bomba buat hujan~!

melihat abang2 bomba ni.. mgingatkan saya pada FRU ..wa3 kene sembur masa g demo ..bes wp pedih mata (macam nak buta), tcalar jari2 kene duri sb jadi superman, merah kulit tkene water canon, sesok napeh hidu gas pedih ..hu3 pecah rahsia kalu 'polis' baca blog saya ni ..hanya jihad yang teramat kecil~

selebriti pada program tersebut (bukan ibunya~!) ..tp 2 si kecil bjubah putih ini ..yunus (yuyu) & yaakob (yaya) ..hu3,susah nak jmp nama sbgini zaman skg ..apa yang speselnye,'ustaz'2 kecil ni speaking bagai air yang mgalir^-^ even mereka tgh cemas.. he said 'ouh ummi, its painful~!'.. 'doctor,don't cut plz~!' hu3 ..generasi tarbiyyah ibu mithali.. ngeh3

~yaya nanges~

mashimaro UM ..hu3,kaya dgn kisah2 katun sehingga terhibur mujahid2 kecil yang ketakutan ..tq bro,tersenyum juga saya sambil memotong ..(^-^)~

dicelah2 ke'cemas'an adik2 yang bakal dikhatankan, sempat lagi yusra+najmi bmesra ..ngee~ couple of d year ..yang duduk tu aishah.. they all from USIM

.. di sini ikhlas bmula ~tq sahabat

tatapla gambar dulu.. saya nak g jogg~!
nnt saya kisahkan citenye ..

tataa~!

Saturday, December 4, 2010

Pegawai Perubatan UD41

saat ni..
saya amat menantikan istikharah saya untuk mbisikn jawapn..

di mana bumi saya akan menumpahkan peluh & darah saya

terkini, 10dis2010,942pm

pilihan saya :
1. Hospital Sultan Hj Ahmad Shah (HoSHAS)
..orang2 Temeloh jgn teharu ye~!
2. Hospital Umum Sarawak (HUS)..
3. Hospital Queen Elizabeth, Sabah

"rabbi yassir wala tu'assir ya Allah"
sahabat.. doakan kejayaan saya,
kejayaan saya kebanggaan untuk kalian juga(^-^)~
datang konvo saya nnt ..saya sponsor flight ke dectar, UKM bangi
..wah3~ grandiosenye~!

:: Hospital Slim River ::

perjalanan yang akan saya lalui ke HSR

insyaAllah.. esok saya akan berangkat ke HSR
posting district terakhir saya
sungguh pantas masa blalu ..
rabbi zidna 'ilman warzuqhna fahman ya Allah~!

..tp sebelum berangkat ke HSR
seawal subuh esok saya akan ke program khatan (yeiy~ ini hobi saya!)
kanak2 bakal mujahid 'tunggu Dr datang ye!'
inilah program musim cuti sekolah saya setiap hujung minggu
..potong2, dan potong lg!
terima kasih Allah kerana masih mberi saya peluang ilmu & pengalaman ini
(nnt saya kongsi gambar saya jd mak mudim..ngee~)..

pjalann saya ke slim river esok akan mgunakan keretapi tanah melayu (KTM bhd)
dan bmaksud saya tidak dapat berada di atas talian selama berada disana
moga dc2 ruang+peluang untuk saya bmujahadah segala2nya ..ngeh3

babai~!!!
illaliqa'........................................... sahabat~

senyum~!!!




tersenyum saya melihat gambar2 ini (^-^)~
ntah ye ke x ini gunung senyum
tapi ini yang saya dapat dari google search
ntah kenapa bkenan sgt saya dgn gunung seketul ni
disebalik gunung ini juga terselit sebuah kisah ukhwah
modul 'tafahhum'.. adeii~
saya minta maaf (secara terbuka)
terima kasih kerana tidak mbawa saya ke sana
wp saya bkeras untuk ke sana
saat ini saya dapat menilai hikmahnya
maafkan saya kerana 'pending' dalam memahami
hu3.. ayat2 senget je
nasib blog saya ni 'private'

saya yakin..
suatu hari nnt saya pasti akan sampai ke sana
saya percaya sb saya sllu dapat bla saya yakin (& juga sebaliknya)
btepatan dgn 'law of attraction' la kot
lagi best kalu saya dapat ke sana nnt ..bsama kalian~!
hu33 ..masih mood rindu yang teramat lagii~

Friday, December 3, 2010

barakallahulakum~

keluarga nucleus allayarham omar ismail ..
moga ruh arwah sentiasa dalam rahmat & rahimnya

setelah 4bulan dptemukan bsama ..hu3

tabahkan hatimu, sahabat..

qatar airway sebelum naik ke langit.. 1010am

sayang ki pada generasi harapannya ..jailulhuffaz

saya mula menangis bla melihat 'babak' ini..

selamat tinggal,ayah..

setelah ustaz aniq, ustaz najib, b, ewa, azie selamat terbang ..

alhamdulillah.. saya selamat tiba d KLIA seawal2 pagi wp saya tidak penah memikirkan cara ke sana sebelum ini ..ini sahaja sedikit yang saya dapat berikan sbg mbalas kebaikan2 kalian

penutup 'surat cinta' yang saya tulis semasa d KLIA.. 28 nov 2010
hu3 ..jgn salah faham ye~!

kehilangan kalian cukup terasa (koi demam)
wp ukhwah ni hanya berusia 2bulan 10 hari
tp terlalu banyak yang saya dapat dari ukhwah ni
terutamanya kisah2 ketabahan dari setiap jiwa yang saya kenali
saya hargai ukhwah ni.. hadiah hari lahir saya pada tahun ni
20 september 2010, wad surgery male, PPUKM
faten+najib+firdaus+arwah pakcik omar
..wp tiada kek yang faten bw untuk saya
saya xrasa faten tahu itu ulangtahun hari lahir saya
saya oncall pada hari tu..posting paediatric, kanak2
wp xlama dapat jumpa tp ia cukup berbekas d hati saya
juadah istimewa pada petang itu
cuma jambu batu+teh panas ..tp cukup istimewa pada saya~!

selamat meneruskan perjuangan sahabat
wp kalian jauh di mata kini
sejarah smlm telah terukir indah di hati saya
saya xmungkin akan lupa
najib pernah bertanya "apa perbezaan liver+heart"
liver adalah hati yang mpunyai rasa & boleh mybbkan manusia mjadi kuning bla ia tidak lagi berfungsi
heart adalah jantung yang mgepam darah ke seluruh badan, bla ia thenti.. bmaksud jiwa itu telah kembali kepada pciptanya
kedua2nya adalah ciptaan Allah yang amat penting
(saya mengarut)

saya sentiasa mdoakan kejayaan kalian
wp apa nilai doa saya dbandingkan doa2 hamba yang soleh spt kalian
doakan saya juga
moga kejayaan mjadi milik kita bsama
moga kita SABAR wp apa taqdir Allah yang menimpa
(saya suka mbaca entry dari blog kaksu btajuk 'rindu'
.. ia ada kaitan dgn perjalanan hidup yang saya lalui)
moga kita semua SABAR
moga kita hamba2 yang TABAH
moga suatu hari nnt kita bisa bersama di dalam syurganya~!

:: salam sayang & rindu dari bumi Allah ::
m-a-l-a-y-s-i-a